Warkah Perjalanan Hamba. Net

Saturday, August 26, 2006

Keluarga aku

Along dan angah sayang Babah

Bergambar di Putrajaya

Bersama-sama ibu dan ayah dan anak-anak

Syukur akhirnya

Bersama isteri semasa hari konvokesyen aku pada 14 Ogos 2006 lalu. Terima kasih atas dorongan dan bantuan selama ini.

Monday, July 17, 2006

Inilah keganasan Israel yang tak boleh diterima

Doa dan Solat Hajat untuk rakyat Islam di Palestin

Sama-samalah kita berdoa dan ber solat hajat kepada ALlah agar diberikan bantuan kepada umat islam di Palestin yang diganyang oleh Israel yang tidak berperi kemanusiaan.

Sama-sama kita lakukan kerana Allah

Amin

Akhirnya.............


Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jugak menamatkan secara formalnya pengajian aku Master di Fakulti Pengajian islam UKM. Insya Allah 14 Ogos nanti aku akn konvo lah, terima kasih atas doa kawan2 dan sahabat2. Begitu juga kepada isteri tersayang, Norlaily yang sentiasa memberi dorongan hingga aku tamat juga pengajian ku....

Shukran ilallah

Friday, June 30, 2006

Habil dah boleh duduk


Hari Sukan Husna


Tuesday, June 27, 2006

Nota e-Usrah = Tafsiran Surah at-Taubah 111-112

PENGISIAN

1. Usrah dimulakan dengan Solat Maghrib, jamuan makan malam, Solat Isyak dan disusuli dengan bacaan Al-Ma’thurat.

2. Surah At-Taubah, Ayat 111 & 112.

a) Bacaan ayat-ayat secara beramai-ramai.

b) Bacaan terjemahan ayat-ayat.

c) Perbincangan dan huraian lanjut:

i) Apabila ayat-ayat ini dibacakan, maka bertakbirlah para sahabat, dan seorang Ansar bertanya kepada Rasulullah s.a.w. adakah ayat-ayat tersebut merujuk kepada mereka, maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w., “Ya”. Maka sangat gembiralah mereka.

ii) Penyerahan diri yang mutlak kepada Allah s.w.t., seolah-olah bila berlaku jual-beli, bila kita menjual sesuatu barangan, maka kita menyerahkan sepenuhnya barangan tersebut.

iii) Diri yang telah dijual kepada Allah s.w.t., tidak boleh ditarik kembali. Ini bermaksud, sekali Islam, terus Islam iaitu setelah menjualkan diri kita untuk kali pertama, tiada jualan untuk kali kedua. Sekali telah komited kepada Islam, maka tiada tolak ansur lagi untuk tidak terus berjuang, amar maaruf dan nahi mungkar serta mengetahui batas-batas agama.

iv) Tidak harus bagi Allah s.w.t. membeli milik Allah s.w.t. Lumrahnya, pembeli tidak akan membeli barangan miliknya sendiri.

v) Namun, maksudnya Allah s.w.t. membeli seseorang yang berkorban di jalan Allah s.w.t., apabila mukmin itu berjuang di jalan Allah s.w.t., Allah s.w.t. akan menggantikan segala pengorbanan seseorang itu dengan syurgaNya.

vi) 4 syarat taubat (iaitu ada tambahan satu syarat daripada 3 yang biasa kita dengar):

(1) Menyesali perbuatan mungkar tersebut;

(2) Berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan;

(3) Meninggalkan secara total tabiat membuat kesalahan tersebut; dan

(4) Sesungguhnya orang yang bertaubat itu di atas taubatnya itu untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah s.w.t., dengan penuh keikhlasan.

vii) Gesaan yang amat sangat kepada jihad fisabilillah.

viii) Imam Fakrulazi menyebut bahawa yang menjual adalah Allah s.w.t., yang membeli juga adalah Allah s.w.t. Maksudnya, Allah s.w.t. memberikan jiwa (roh), harta dan segala-galanya untuk manusia, namun, Allah s.w.t. pula yang membelinya dengan ganjaran syurgaNya. Jelas bahawa jual-beli itu sendiri sebenarnya adalah milik Allah s.w.t.

ix) Namun, sebenar-benarnya beribadah kepada Allah s.w.t. semata-mata untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah s.w.t.

x) Kaedah yang asas dalam hidup, takutkan dosa itu terlebih dahulu, kemudian taat kepada perintah Allah s.w.t.

xi) Allah s.w.t. mengajak manusia patuh kepadaNya dan berjihad ke jalanNya secara lunak, iaitu dengan membawa contoh berjual beli kerana sesungguhnya manusia itu suka berjual-beli.

xii) Pendokong-pendokong dan para pendakwah mestilah melakukan rehlah, melakukan pengembaraan-pengembaraan. Contohnya, jika seseorang ada masalah, yang lain-lain kena tunggu. Ini mendidik jiwa untuk bersabar dan satu hati sebagai satu jamaah.

xiii) Antara pendekatan dakwah yang utama ialah mestilah berdakwah di tengah-tengah masyarakat, bukan semata-mata berdakwah dalam uslub atau lingkungan yang kita minati sahaja.

xiv) Syed Qutb mengungkapkan bahawa ayat ini mendedahkan tentang ikatan hati-hati para mukmin.

xv) Berjihad di jalan Allah s.w.t. seolah-olah kita melakukan pelaburan untuk manfaat di hari kemudian, ganjaran di dunia dan di akhirat.

xvi) Sebenarnya apa yang kita laburkan akan memberikan kedamaian dalam hati kita. Pelaburan tersebut mestilah dengan penuh rasa keimanan, dengan apa sahaja bentuk kekuatan dan kesempatan yang kita ada.

xvii) Diri kita mestilah dididik dengan kekuatan yang sebenar, iaitu rohani, mental dan fizikal.

xviii) Hidup suburkan budaya infaq.

xix) Adapun ahli kufar dan munafik, jual-beli mereka yang jelas atas asas fasik tidak diterima.

Moga ada manfaatnya bagi mereka yang membacanya.

Mind set for Phd- islamic e-banking

ALhamdulillah, aku baru sahaja tamat master di UKM... insya allah konvo ogos ni rasenye....

Sekarang ni tengah mind set for phd pulak...nak buat camne..dah jiwa minta belajar, kepala otak ni tak leh kalau tak memikir, mengkaji walaupun sedikit....

Tapi untuk phd ni aku kena lebih fokus...mcam2 lah pandangan yang aku harus timbangkan...terutama untuk masa depan ummah...bukan masa depan aku dan famili jek. Yelah buat phd memang untuk karier dan kerjaya jugak, tapi tak leh berhenti tang tu je...mesti ada agenda umat dan negara....barulah kita buat sesuatu tu ada jangka panjang je......

Awalnye cenderung...pada e-commerce sebab master aku hampir sama dengan ni....tapi ada juga sahabat2 memberi pandangan aku harus meneruskan bidang asal aku iaitu usul fiqh masa degree dulu tetapi fokus dalam islamic banking....lebih fokus e-banking pada hari ini, bagaimana aplikasi dan implementasi e-banking menggunakan produk2 islam selaras dengan tuntutan syarak....jika ada ....boleh tahan juga bidang nih....

Anyway...harap aku boleh membuat kajian yang terbaik, supaya satu hari nanti aku akan berganding bahu dengan pakar2 perbankan islam untuk menjana suatu praktis islamic banking yang selaras dengan tuntutan islam menggunakan instrumen yang jelas dan tidak menimbulkan gharar........

Mungkin ini satu permulaan yang baik untuk melebarluaskan kajian untuk masa depan islamic banking di malaysia

Kurang sihat tapi bersemangat

Syukur kerana hari ini badan agak kurang sihat. Sbb dalam seminggu ni sibuk dengan kerja2 di pejabat. Biasalah rutin aku dipejabat selain melakukan tugas asasi, aku juga ditugaskan menjadi pengarah forum untuk sambutan 10 tahun KBMC. Lepas tu minggu lepas pulak kena prepare report cutomer service rating dan present dalam meeting management tadi..agak penat juga dok buat kerja depan PC memang meletihkan...... tapi happy....

Sekarang ni tengah prepare untuk make sure kerja2 yang dibuat ini nanti akan didokumen kan agar kalau isteri ke UK nanti, aku pun sekali lah, menyelam untuk sambung belajar, itu pun kalau rezeki fulus mengizinkan, anywa y macam mana pun aku bertekad untuk sambung lagi....sampai Phd.....

Mudah-mudahan Allah memakbulkan usaha kami sekeluarga

Sunday, June 18, 2006

Bergambar masa Muktamar PKPIM dulu -dulu


Aha ni lah antara memori yang cukup bermakna masa aku dan isteri masing-masing belum bernikah lagi...kami sama-sama aktif dalam PKPIM. bergambar sesama exco. Kalau tak silap dan terlupa ni gambar terakhir sebelum aku meninggalkan PKPIM setelah 'lebih umur' bergelar pelajar lah...lepas tu orang lain pulak....

ehm, sekali sekala seronok juga tengok story lama, banyak kenangan yang memberi kesan sampai hari ini...kalau bukan dulu ari ni tak tau camne yea?

Yang bulat-bulat tu kami lah tu......

Bergambar masa Muktamar ABIM di Terengganu


Ahai, sempat jugaklah aku bergambar dgn kekasih , jantung hati aku tu...almaklumlah baju same plak tu...terkial-kial masa tu...baru kawin lagi masa tu walaupun dah lebih 3 hari......syukurlah..masih mampu tersenyum walaupun masa tu..penat woiiii...

Anyway....sekadar berkongsi kegembiraaan je.....

Lawatan ke Zoo Negara ( Night zoo)

Dalam kesibukan aku dan isteri, masih berkesempatan melawat Zoo Negara . Nak jadi cerita sempatlah bawak dan ayah aku yang dah seminggu duduk di rumah je..kami bawah melawat zoo. Ehm ceritanya tak lah menarik. Kebetulan malam tu tak banyak yang dapat ditengok...agaknya semua haiwan2 dalam tu mogok kut? atau penat..semua dah tidur....

Tak pelah, asal dapat bergembira bersama keluarga.

Bergambar lepas Majlis Aqiqah Habil dulu

Friday, June 16, 2006

Anak-anak sambut hari jadi babah dia

Thursday, June 15, 2006

Ucapan aku semasa jadi YDP ABIM Selangor



Inilah gambar aku masa memberi ucapan YDP semasa muktamar abim selangor baru-baru ini. Ucapan aku " Membina Tarbiyah : Menjana Wahdatul Fikr" menggagaskan harapan untuk memastikan setiap ahli dan kepimpinan mendasari prinsip islam dalam mengemudi kepimpinan dalam abim.

Mudah-mudahan bahan tulisan aku dalam ucapan ini akn memberi panduan kepada gerakan utk terus maju kehadapan.

Gambar Arkib - Hari Jadi Aku ke-30 lah

Allah selamatkan aku.....aha nilah gambar aku di sambutkan hari jadi ke-30 aku . Masa tu majlis penutup program tamrin abim pusat...ahaah malunye aku..tapi tak pelah..sedar diri sikit dah beransur tua.....sebelah tu..tu lah buah hati yang dok buat kek hijau...tu....